Sebuah program khas yang amat membanggakan rakan muda Parlimen Pengerang iaitu Karnival Rakan Muda Peringkat Parlimen Pengerang 2007 telah dianjurkan pada 16-18 Jun 2007.
16 Jun 2007 telah menyaksikan seramai 3000 orang belia rakan muda sekitar Parlimen Pengerang berkumpul untuk sama-sama meraikan karnival tersebut pada majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Pengerang.
Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti senamrobik, wall climbing, paintball, flying fox, 3 on 3 netball, futsal, pocket bike, konsert mini Rakan Muda, pameran MPEB, KBS, TLDM, Rakan Muda, Bomba, makanan beku, pertandingan gubahan hantaran, gubahan bunga kering dan masakan.
Dalam ucapan YB Dato’ Seri Azalina mengingatkan para belia supaya jangan menghancurkan belia seperti mempengaruhi sesama sendiri untuk melakukan sesuatu yang tidak baik sebaliknya mereka harus menggunakan kebolehan untuk memikirkan sesuatu yang boleh membangunankan belia.
“Belia adalah golongan yang bertenaga, oleh itu belia perlu menjana tenaga tersebut untuk melakukan sesuatu yang berfaedah kepada belia.”
“Belia akan menjadi cukup berjaya jika belia rakan muda sekarang mengamalkan 9 cara hidup yang diajalankan oleh Rakan Muda.”
Bagi mencapai belia yang berkualiti, belia mesti berkawan dengan belia yang positif, baik daripada kita. Oleh sebab itulah, Rakan Muda diwujudkan supaya belia dapat berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan yang positif dan baik.
Beliau juga memaklumkan bahawa bagi menjayakan usaha ini, kabinet telah meluluskan RM 50 juta untuk menggerakkan Rakan Muda.
Disamping itu, Azalina mengumumkan bahawa kad ahli Rakan Muda akan diwujudkan. Kad ahli ini mempunyai pelbagai faedah untuk kegunaan para belia rakan muda dan hanya pemilik kad ahli ini sahaja boleh mengikuti program-program khas Rakan Muda.
Kata beliau, belia rakan muda yang ingin memiliki kad ini akan ditapis dulu oleh pihak-pihak Kementerian Belia dan Sukan sehingga mereka benar-benar layak digelar ahli Kelab Rakan Muda. Antara perkara yang ditapis ialah seperti mereka berminat untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan.
Tapisan ini adalah bagi melahirkan belia yang berkualiti sehingga menjadi belia yang prihatin, mahir dan dinamik.
Harapan beliau agar belia-belia Negara ini akan menjadi rakyat yang membanggakan dari pelbagai aspek.




Program yang dirasmikan oleh Dato Seri Azalina berjalan lancar sokongan para belia parlimen pengerang. Program ini amat memberangsangkan kepada kami para belia untuk menjatikan diri. Dlm usaha yang sama dapat melahirkan belia yang produktif. Program ini boleh membangunkan modal insan dan pembangunan belia dalam mencapai masyarakat yang cemerlang gemilang dan terbilang.program anjuran rakan muda parlimen pengerang disambut baik dari golongan belia dan warga pengerang. diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.kerjasama yang diberikan daripada pelbagai pihak amat kami hargai.sekian, terima kasih.
salam aidilfitri pada rakan muda pengerang
jangan lupa lawati kami di
http://www.anugerahremajaperdana.blogspot.com