Bandar Penawar – 18 Mei 2007. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dari Parlimen Pengerang telah dipilih untuk menyertai Kursus Pendedahan ICT yang di anjurkan oleh Unit IT Pejabat Menteri Belia Dan Sukan dan Rakan Muda.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah diadakan di Desa Rhu Holiday Challet dan bagi sesi latihan ICT pula ianya telah diadakan di Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hj Ab. Rahim Abu, telah memberikan pengisian khas bagi melengkapkan belia Pengerang dengan ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran ICT yang kian berkembang pesat ke arah menyahut cabaran globalisasi.
Peserta-peserta telah diberikan panduan dan tunjuk ajar dengan maklumat-maklumat dan juga cara-cara komunikasi melalui ICT. Mereka juga diberikan peluang untuk berkarya di dalam blog mereka sendiri. Beberapa orang penceramah turut dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama belia-belia ini, antaranya wartawan dari akhbar Utusan Malaysia yang telah memberikan tunjuk ajar cara-cara penulisan yang betul.
Krew-krew unit IT dari Pejabat Menteri telah bertungkus lumus untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta-peserta agar matlamat mengadakan kursus ini tercapai.
Menurut Pegawai IT di Pejabat Menteri, saudara Khazai Abu Bakar, tujuan diadakan kursus ini adalah untuk membudayakan ICT di kalangan belia-belia Pengerang agar mereka celik dengan perkembangan ICT.
“Kami memulakan dengan 33 orang peserta ini adalah untuk menilai sejauh mana minat mereka terhadap ICT.
“Saya merasa amat terharu kerana peserta menunjukkan minat yang mendalam seolah-olah mereka hauskan ilmu ICT dan dengan minat mereka inilah membuat kami lebih bersemangat untuk mendekati mereka.”
“Usaha yang di ilhamkan oleh YB Datuk Seri Azalina Dato’ Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Belia dan Sukan ini perlu dimanfaatkan oleh belia-belia di sini, dan usaha ini merupakan perintis bagi membudayakan ICT di Pengerang.” tambah saudara Khazai lagi.
Peserta-peserta ini yang langsung tidak mengenal ICT, datang dengan harapan untuk menimba ilmu tidak dikecewakan kerana mereka kini telah boleh mengendalikan e-mail, e-group dan masing-masing telah mempunyai blog mereka sendiri.
Ramai diantara mereka yang mahukan kursus seperti ini diteruskan lagi. Jika sebelum ini mereka hanya sekadar mendengar tentang laungan ICT tetapi tidak berpeluang untuk mempelajarinya tetapi selepas kursus ini mereka merasakan ianya memberi peluang yang luas untuk mereka mendalami ilmu ICT.
Mereka mengucapkan terima kasih kepada Datuk Azalina kerana telah memberikan mereka peluang untuk memperolehi ilmu yang amat berguna di zaman yang serba pantas membangun ini.
“Kami bersyukur kerana mempunyai Ahli Parlimen yang memahami kehendak kami dan sentiasa bertindak bagi memajukan kami” kata mereka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
xlogik la topik nie.?!